dlm perjalanan setiap pagi ke pejabat .. mmg mencabar dan tercabar dgn ragam pengguna jalan raya yang lain .. mentang2 lah kita bawak basikal ..
insiden2 sebegini secara terus-terusan memberi tekanan dan meruntun keyakinan utk berbasikal dijalanan .. setakat ini alhamdulillah tiada kejadian2 buruk yang tidak diingin menimpa sepanjang perjalanan .. moga perjalanan saya dilindungi Yang Maha Esa dari sebanrang kecelakaan ..
kempen kesedaran kongsi jalan raya sedikit sebanyak membuka minda dan prespektif pengguna jalan yang lain terhadap penunggang basikal .. di pihak penunggang pula .. kita perlu menunjukkan teladan semasa di jalan raya .. contoh nya menunggang di tepi bahu jalan .. berhenti semasa lampu isyarat merah .. memakai pakaian yang cerah dan terang .. memakai helmet atau topi semasa menunggang .. basikal dlm keadaan baik dan mempunyai lampu dan pemantul cahaya di hadapan dan belakang ..
selain dari keadaan basikal yang baik .. persediaan diri juga perlu secara fizikal .. tahap kesihatan yang baik perlu utk berkayuh .. elakkan kayuhan jika lesu dan tidak bersemangat .. hal ini akan mengganggu ritma kayuhan dan berisiko .. emosi dan mental juga perlu diberikan perhatian .. biasanya tala emosi dan mental pada malam sebelum kayuhan .. gambarkan keadaan kayuhan keesokkannya .. masukkan kemungkinan masalah yang boleh berlaku semasa kayuhan .. dan juga penyelesaian utk permasalahan tersebut .. tindakan ini akan mempersiapkan diri utk apa saja kemungkinan semasa berada di jalan raya ..
utk permulaan mulakan dgn kayuh ke pejabat pada hari jumaat selama beberapa minggu .. selepas itu boleh lah ditingkatkan kepada 3 hari seminggu dan seterusnya setiap hari mengayuh ke pejabat .. insya allah .. ape2 pun keselamatan mesti diutamakan .. tingkatkan keyakinan diri begitu juga dgn tahap risiko yang sanggup ditanggung ..
selamat berkayuh dgn penuh semangat kembara ..
No comments:
Post a Comment