Thursday, November 15, 2012

Ride - Salam 1434

1433 melabuh tirai .. dan 1434 menyusul dgn lembaran muka yang baru .. muhasabah perjalanan dan liku2 hidup selama ini .. apakah diisi dgn iman dan pengabdian diri secara total kepadaNya ?!! apakah setiap kayuhan selama ini dititip dgn zikir ?!! apakah keringat dan perit selama ini menginsafkan dan membuatkan aku lebih dekat dgnNya ?!! allahu akbar ..

Kampung Kuantan diseberang Sungai Klang

kayuhan pagi tadi disertai oleh sahabat baru iaitu cikgu Abu .. semalam masa jumpa kat taman beriya2 dan bersemangat sekali .. basikal pun dah berhabuk kata nya .. sejak dia angkat basikal, rase2nyer sekali jer lah kot dia kayuh .. tu pun dari tempat beli ke rumah .. hmmm .. nak buat lagu mana .. komitmen terhadap kerja dan keluarga serta komuniti lebih tinggi .. hingga tiada masa untuk berkayuh ..
Cikgu Abu Kodin

apa pun tahniah diucapkan kepada cikgu abu .. dlm percubaan pertamanya, alhamdulillah dapat cover sejauh 40km keliling kelang .. bermula ke stadium, seterusnnye bandar botanik mengorat manja .. dan kenyang melantak lontong kayuhan diteruskan mengelilingi bandar botanik dan menyusur keluar ke batu unjur melalui taman bayu .. kat sini hujan mula turun mencurah2 .. lebat .. hingga memaksa kami berteduh di kaki lima kedai ..
Laluan Kayuhan Hijrah 40km +-

Laluan benteng


bilamana hujan pun reda .. kayuhan diteruskan ke jeti pulau ketam .. hujan dan rehat tadi telah menganjak jadual perjalanan yang dirancang .. hampir 1 jam terlewat dari jadual asal .. semangat cikgu masih membara walau basah dicurah hujan .. kayuhan melewati kampung delek dalam dan terus ke bandar klang .. cuaca pun dah cerah dan mentari kembali .. menyinar dgn terik seperti tidak berawan langit klang ..

Asz Lan dan Faiz
utk menutup kayuhan sulong cikgu abu .. kami pekena dia dgn laluan benteng .. mmg lecak dan licin lah .. offroad sepanjang 3 km sepanjang sungai klang tidak lah mencabar mana .. disetengah2 bahagian sahaja yang teruk becak .. lain2 masih boleh dilalui dgn mudah .. melepasi 3 pintu kunci air kami sampai ke bukit jati .. melepas lelah dipuncak bukit sambil menikmati panorama .. bukit jugra dan kawasan kayuhan yg telah dilalui tadi ..sedikit sebanyak dpt memberi kemanisan dan meningkatkan motivasi utk berkayuh lagi pada masa hadapan ..
Keriangan jelas terpancar tanda kepuasan

Melepas lelah di puncak Bukit Jati

enjoy ride, be safe

No comments:

Post a Comment