Damai suasana Kg Bukit Kerayong |
aku amik kesempatan nie untuk singgah ke rumah haji dollah husin .. seorang pesara dan senior aku semasa kami berkhidmat utk satu syarikat penerbangan dulu .. alhamdulillah dapat jugak ziarah org tua tuh .. kebetulan aku bawak jugak peta jalan keretapi lama klang > kuala selangor .. jadi, dari bukit kerayong tu mata aku mula liar mencari tanda2 kewujudan jalan keretapi lama di sepanjang jalan ..
Hj Dollah Husin, Man Jambu, Kurt |
akhirnya sampai ke simpang masuk ke rumah haji dollah .. lalu ternampak satu papan tanda
menaiktaraf jalan kampung .. tajuk nya : menaik taraf jalan keretapi lama dari sg buloh ke jeram .. hah ?!! jalan keretapi lama ? biar betul ? .. bagi penduduk setempat, jalan nie mungkin tidak asing kepada mereka .. tapi bagi kami yang sedang mencari di mana susuran nyer .. syukur dgn petunjuk yang ditemui hari ni .. ade jugak hasil kayuhan .. seterusnya mengesahkan teori yang jalan keretapi lama berada di sebelah dlm (kanan) jalan utama .. jalan tersebut mengunjur ke hingga ke blkg pekan sg buloh kira2 2km lebih dari situ ..
Jalan Keretapi Lama ? |
ketika pulang . kami memutuskan utk ikut jalan raya utama .. keadaan trafik agak membimbangkan ..
banyak kenderaan melintasi kami dari arah belakang dengan begitu laju .. mata aku tetap liar .. memandang ke sebelah dalam di setiap lorong dan persimpangan yang kami lepasi .. mmg ada satu jalan lagi di sblh situ .. aku yakin mmg itu lah kesinambungan jalan keretapi lama yang kami carik tuh ..
Perjalanan pulang yang panas dan terik |
tak pa .. aku tetap berkayuh di laluan utama .. melewati sungai sembilang .. terus kan kayuhan hingga bertemu dgn simpang jalan suara ... Suara Halt ada dinyatakan di dalam peta ... kak ija pun ade menyatakan ttg kampung suara selepas kapar .. tentu inilah tempatnya .. aku ajak Wak Rossi utk masuk dan mencari beberapa papan tanda sebagai petunjuk .. alhamdullilah .. sampai je di hujung jalan suara .. ada satu lagi papan tanda naik taraf jalan .. turut sama menyatakan menaiktaraf jalan keretapi lama dari sungai sembilang ke sungai janggut ..
Jalan Suara, Jeram berhampiran Kapar |
Di hujung Jalan Keretapi Lama, Kapar yang terkenal tuh |
beberapa km di hadapan .. simpang ke sungai serdang .. pasti tak jauh lagik .. kerana kami akan bertembung dgn jalan keretapi lama dari pekan kapar .. tepat sekali jangkaan .. dari kejauhan sudah nampak persimpangan yang dimaksudkan .. aku meningkatkan pemerhatian ke kiri .. laluan masuk ke jalan keretapi lama menuju jeram tu sudah pasti hampir .. ya dapat sudah .. kira2 200 meter dari simpang jalan keretapi lama .. cuma nampaknya jalan offroad tu agak sunyi .. kalau 2 org pun rasanyer masih getar jugak aku .. tgklah mcmana nanti .. dpt 3,4 org cantik sgt lah .. kena lak abg kawasan ikut sama ..
jam menunjukkan hampir pukul 1 .. kami meneruskan perjalanan hungga ke kapar .. secara peribadi .. sambungan jalan keretapi lama dari kapar tu dah ditemui .. cuma nak carik lokasi halt2 nya saja .. disepanjang laluan .. insya allah .. jika diizinkanNya ..
Lakaran bahagian Jalan Keretapi Lama yang dilupakan |
yang masih merunsingkan kepala aku .. bagaimana laluan landasan di dlm pekan klang utara ?!! belum ada org2 tua atau org lama yang dapat mengesahkan dgn penuh yakin dimanakah ia .. takpa la .. tinggalkan saja bahagian tu utk di eksplorasi dlm seminggu dua lagik ..
kami berhenti rehat dan zohor di petronas sg kapar indah .. cuba menghubungi wak rahim tetapi gagal . mungkin wak berada di luar negara .. dgr2 sdg touring bermotosikal ker selatan thailand .. semoga perjalanan nya lancar dan selamat pergi dan pulang ...
Surau Petronas Sg Kapar Indah |
cuaca mendung .. awan berarak berat di sebelah pantai .. kami mempercepatkan kayuhan ... wak dan brader nak ikut jalan haji sirat .. tapi aku membantah .. bantahan aku tu kerana nak meriki kawasan sg putus .. hingga ke bandar klang .. mana lah tahu dgn berbasikal mengkin nampak ape yang biasanye terlepas pandang dgn motokar .. lepas sahaja kilang vitagen .. agak sukar utk merealisasikan atau menzahirkan teori yang aku kemukakan dulu .. yang landasan mengikut jalan sg putus .. hmm .. buntu . mmg buntu .. tak masuk akal dan berselirat jadiknya nanti .. mungkin ada sesuatu yang aku dah terlepas .. atau terlalu jauh bayangan yang aku nak jangkau .. aku biarkan persoalan tu tergantung dan bermain2 dlm kotak pemikiran nie semasa kayuh tadi ..
kayuhan kami melewati Lebuhraya Shapadu dan melepasi juga kilang kasut Bata .. tiba2 ..
'Woi !!!', kami di kelui dari warung di tepi jalan tu .. ahhh tak pernah mat saleh berbasikal ker ? bentak hati aku .. namun aku tetap melirikkan pandangan dgn ekor mata ke arah suara itu .. rupa2nya konco2 sarip dol lahhh .. hahahaha sekumpulan geng basikal antik berhimpun di situ .. perghhhh ..
kami pun berhenti .. atas dasar semangat berbasikal kebangsaan .. boleh jugak berkenal2an .. basikal2 tersebut milik team vintage meru .. mereka berkayuh ke situ dlm sesi kayuh mingguan dan bertemu dgn abg samsudin .. seorang kolektor barangan antik .. basikal tua miliknya saja ada 14 buah ..
beberapa motorsikal lama .. beliau baru saja 5 tahun pulang ke klang .. sebelum ini beliau merantau
ke serata tanah air mencari rezeki ..
aku tak lepaskan peluang utk bertanya kan ttg laluan jalan keretapi lama dari bandar klang ke jalan keretapi lama kapar .. jawapan balas dari abg sudin mmg mengejutkan aku .. beberapa perkara yang aku rasa betul secara mutlak nyer dinafikan .. menurut abg sudin .. lokasi sebenar klang north halt terletak berhampiran pasar jawa ... apakah betul2 di belakang wisma hafiz kini .. beliau mengiyakan .. dari situ landasan terus masuk ke jalan Goh Hock Huat melintasi kilang tayar fong keong dan melintasi jalan rantau panjang .. seterusnya ke Jalan Sekolah di sebelah Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang .. berhampiran warong soto (kedai basikal) jalan genting tuh .. benarlah telahan wak jan (azizan zulkifli) thanks bro .. seterusnya bersambung terus dgn jalan keretapi lama sementa, sg puloh dan sg kapar sampailah ke blkg pekan kapar ..
Peta lakaran disumbangkan oleh Azizan Zulkifli |
aku terus mengajukan beberapa soalan lagik .. ttg Connaught Bridge Junction .. dari jalan landasan di bukit kuda tu, mcmana sambungan nyer ke padang jawa atau ke bukit badak .. lagi sekali ape yang disampaikan oleh abg samsudin berbeza dari yang kami baca dan rasa ..
jalan landasan bukit kuda tu bukan lah berasaskan landasan keretapi .. tapi merupakan landasan kapal terbang semasa pendudukan jepun di tanah melayu .. dan jalan keretapi lama klang > kuala selangor tidak bersambung dgn padang jawa mahupun bukit badak .. menurut beliau .. jalna keretapi ini dipanggil jalan keretapi jepun .. dimana jepun ingin memudahkan pengangkutan sumber dari kuala selangor ke klang .. tapi dari maklumat yang ada landasan nie dah di punggah pada 1930an .. kira satu dekad sebelum jepun sampai dan menakluk .. hmm .. takpa .. simpan dulu persoalan nie ..
Peta lakaran disumbangkan oleh Azizan Zulkifli |
kebetulan pula jalan landasan bukit kuda terus mungunjur hingga ke kawasan klang utara .. ada logik nya .. kedudukan klang north halt amat strategik sbg hub bekalan dan stor .. terletak di tengah2 kawasan klang .. ke utara menuju kuala selangor dgn keretapi .. ke barat daya pula lapangan terbang .. samada pesawat pejuang mahupun pesawat pengangkut ..
bila diajukan adakah laluan keretapi tuh melalui Batu Belah ?.. abg sudin mennyangkalnya .. beliau cuba menunjukkan kedudukan halt sg putus .. tapi malang peta yang aku bawak tu tak termasuk kawasan yang hendak beliau tunjukkan .. tapi aku tahulah kat mana gap nyer tuh .. heheheh ..
berkenaan batu belah .. beliau menerangkan pula ttg cerita rakyat Batu belah, batu bertangkup yang masyur tu .. katanya batu itu berada di kaki bukit .. di blkg sekolah .. mungkin dekat kawasan kuburan dan jerat cina .. ada batu tanda didirikan ..
aku terlupa utk bertanya ttg parit cambrong .. rasa nya abg samsudin ada meyimpan kisah parit tu ..
aku amik no talipon .. dan port selalu dia berada .. kini abg samsudin sudah pencen .. beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan agensi tiket bas ekspress .. beliau berlapang utk menerima kunjungan tetamu dan peminat2 barangan antik pada bila2 masa .. insya allah .. kami akan bersua lagi
utk bertukar2 maklumat dan berkongsi kisah2 penjelajahan .. wallahu a'lam ..
Brader Man Jambu dan Wak Rossi |
wak, brader dan aku meneruskan perjalanan pulang ke klang .. agak ralat terlupa nak bergambar dgn abg samsudin tadi .. antara detik2 penting jugak tu dalam pencarian Jalan Keretapi Lama nims .. hmmm .... lain kali lah tu .. insya allah .. wassalamu
To view full album click here ..
Enjoy ride, be safe
No comments:
Post a Comment