Subhanallah ..
Setahun telah berlalu, masih tertutup pintu2 sempadan .. bukan sahaja sempadan negara .. sempadan negeri pun ditutup malah sempadan daerah turut disekat .. penangan pandemik covid19 .. tak tahu bila akan berakhir .. mungkin takkan berakhir pun .. di mana kita harus hidup seiring dengan covid seperti mana kita hidup dgn aids, taun, campak, dan macam2 flu sebelum nie .. apa kah pihak kita menangani wabak ini secara berlebihan .. dengan alasan covid19, pihak berautoriti mengenakan macam2 SOP, sekatan perjalanan, dan pengambilan vaksin untuk menampan dan melandai serangan covid19 ..
kalau PKP1 dulu MALAYSIA berjaya .. kerana kepatuhan dan kesepaduan rakyat dan pemimpin .. namun ada pihak yang leka dan alpa .. menjebak diri dan negara semula dalam kancah pandemik .. jerat tak pernah lupakan pelanduk .. malah dengan varian mutasi baru, covid19 menggandakan serangan dan sistem pertahanan kesihatan negara diuji sehingga had maksimum .. hingga menjejaskan kestabilan ekonomi negara dan rakyat .. untuk kesekian kalinya PKP dilaksanakan .. PKP2.0, PKP3.0 dan terkini Pelan Pemulihan Negara (dalam 4 fasa) dan rakyat yang menjadi mangsa, justeru dipersalahkan .. perjalanan disaring/sekat, aktiviti ekonomi dalam had masa singkat, dan dalam masa sama sektor2 industri (potensi tinggi penularan) dibenarkan beroperasi .. sangat tidak adil dan huru hara ..
Dalam keluh kesah diam aku terkurung, murung dan selubung .. satu harapan disisip dalam hati yang terdalam, memujuk yakin dan percaya semua nie ada had, masa dan akan berakhir .. sekatan2 akan terbuka semula pada 2022 .. covid19 mungkin masih ada dan berleluasa, tapi dgn kempen vaksinasi negara yang berjalan sekarang, harap dapat mengekang penularan berulang dan peningkatan jangkitan tempatan .. vaksin bukan satu2nya jalan keluar dan bukan semua bersetuju utk divaksin .. ada yang rela, ada yang terpaksa rela dan ada yang tak rela pun kena amik juga .. tapi jika itu yang dilihat rasionalogika pada pengurusan negara dan dunia .. ikutkan saja dan bersama iringan doa yang tidak putus2 dari bibir setiap warga, diri dan jati .. ini harapan dan doa aku .. untuk berada semula dijalanan 2022 nanti .. insya allah .. #roadtwentytwentytwo
#roadtwentytwentytwo
#routestoturtuk
#rtt2rttt
No comments:
Post a Comment